Thursday, November 08, 2007

Pergolakan Hidupku

Akibat sikapku yang remeh-temeh ini, aku hampir kehilangan seorang lagi teman yang boleh aku klasifikasikan sebagai teman sejati.. teman yang senantiasa akan berada di sisiku, menyuapkan aku dengan pelbagai nasihat yang dirasakan perlu-baik yang diundang, mahupun yang tidak.. teman yang kerap memanjatkan doa ke Ilahi.. mendoakan aku agar kehidupan aku di rantau orang tetap aman dan bebas dari segala onak dan duri perjalanan hidup.. keadaan yang mungkin dapat membantuku meredah hutan belukar kesepian ciptaanku sendiri.. "only if I have been through that before.. and met enough people.." Aku terlalu terburu-buru tempoh hari-pepatah ada mengatakan.. terlajak perahu boleh berundur.. terlajak kata buruk padahnya..

Aku tahu niatMu tulus tapi patutnya Kau benarkan aku lalui serba sedikit keperitan ini lebih awal, bukannya saat ini.. agar aku dapat terus bangun dari mimpiku yang indah itu, impian yang aku ukir sejak aku kecil lagi.. namun apakan daya aku sekarang.. nasi sudah menjadi bubur

Tuhan Yang Maha Kuasa dan Adil sememangnya amat mengetahui keperluan aku di bumi ciptaanNya. ini Aku dikurniakan keluarga yang cukup menyayangiku dan teman-teman seperjuangan yang amat memahami keperluanku.. sikapku.. prinsip hidupku..dan yang lain-lain lagi...aku juga ingin menadah tangan ke hadrat Ilahi mengucap syukur kerana Dia telah mempertemukan aku dengan seorang lagi insan ciptaanNya yang telah berjaya menumpaskan impianku yang amat tidak realistik itu. Kata-kata dirinya amat berkesan-sehingga dapat mengoncangkan prinsipal hidupku yang amat teguh itu.. seemangnya ada kebenaran di sebalik nasihat diri beliau.. semoga persahabatan kita berkekalan dan semoga aku dapat menyusuri dirimu nun jauh di sana pabila waktunya tepat di kemudian hari kelak..


Alright.. aiseh.. I cant write for too long now.. dunno why.. anyways.. no news from KKM today cos I just remembered.. hari ini Hari Deepavali so thats why.. will write again soon.. and you know who you are when you read this... *wink*
 
posted by Mel at 5:23 AM, |

0 Comments: