Sunday, April 16, 2006
HuJan eMaS di NeGeRi OranG
Benarkah aku intim dengan mereka atau adakah itu cuma satu harapan semata-mata? Benarkah aku menyayangi mereka atau adakah perbuatan itu dilakukan dengan harapan agar aku diperlakukan sedemikian rupa? Dimanakah sikap ihklas yang sering dilaung-laungkan oleh guru Pendidikan Moral.. Atau mungkin aku silap dengar? Atau keadaan yang membuatku bersikap sedemikian?
Soalan-soalan ini terus bermain di kotak mindaku.. menantikan jawapan.. mengharapkan kesudahan yang tiada penghujungnya. Tiada manusia pun yang dilahirkan sempurna di dunia ini-aku tahu dan akur akan hakikat itu. Namun, ada sesetengah makhluk Allah itu yang sengaja mengeruhkan keadaan.. tapi untuk apa dan mengapa? Mestikah mereka membuat tugasku di dunia ini lebih rumit.. Aku ingin menyayangi mereka seperti keluargaku sendiri tetapi...Mestikah aku melalui perit kehidupan ini..
Hujan emas di negeri orang.. Hujan batu di negeri sendiri... lebih baik di negeri sendiri.. perumpamaan ini mungkin ada kebenarannya tetapi.. seandainya aku masih berada di negeri sendiri iaitu Malaysia, aku tidak mungkin belajar erti kehidupan yang sebenar.. kehidupan yang perlu aku tempuhi sendiri tanpa kehadiran ayah dan bonda disampingku.. kehidupan yang suatu hari nanti akan menjadi kenyataan apabila ajal menemui mereka.. Kenyataan hidup yang perlu hadapi dengan hati yang cekal dan tabah..
Masa berlalu begitu pantas dan tanpa aku sedari, aku telah berada di sini selama enam tahun.. Enam tahun yang banyak menyedarkan aku betapa pentingnya sokongan dan dorongan seorang teman.. tetapi tidak ramai yang dapat diberikan gelaran itu.. hanya segelintir.. (and you guys know who u r) tetapi Tuhan tetap menjadi nakhoda hidupku dan aku nekad untuk hanya mempercayai Dirinya dan naluriku sendiri...

0 Comments:
« back home | Post a Comment