Sunday, April 23, 2006

Another BM EnTrY on Human's Attitude

Mengapakah kita sesama manusia perlu membeza-bezakan antara satu sama lain sedangkan di mata Tuhan, kita cukup sempurna.. Adakah begitu payah untuk kita menerima hakikat bahawa tiada insan yang dilahirkan ke dunia ini sempurna.. lalu mengapa ada yang terus mengeji.. dan melontarkan tomahan-tomahan yang cukup menguris hati ke arah mereka yang dianggap tidak cukup sempurna.. ataupun tidak memenuhi kriteria.. S-E-M-P-U-R-N-A. Siapakah kita untuk mengadili orang lain?

Insan yang bergelar manusia juga cukup mahir mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri.. Hidup di rantau orang banyak mengajar diri ini untuk mengenali.. yang manakah intan.. dan yang manakah kaca.. tidak ramai yang dapat diberi gelaran teman.... hanya waktu dan pengalaman sahaja yang dapat menentukan segala-galanya..

Aku dah bosan dan muak.. Muak dengan perbuatan mereka yang selalu mempergunakan aku... sehingga pada suatu hari itu.. aku telah bertanya kepada mereka... Do I look like a Student Union to you? Mana taknya aku muak.. setiap tahun dalam bulan September, aku akan diajukan soalan-soalan seperti berikut: Mel.. do you have the past years Qs? Mel.. do you have the past years MCQ Qs? Mel.. do you have the seniors answers? Sampai ke situ pulak.. Di manakah senior mereka? Kenapa hendakkan jawapan dari senior Malaysian? Lepas itu dah tak nampak batang hidung pun untuk bulan-bulan yang seterusnya.. kalau berselisih sekalipun.. hanya setakat senyuman tawar sahaja yang dihulurkan.. senyuman yang terpaksa.. senyuman yang paling aku benci.. Senyuman manis hanya menghiasi wajah mereka apabila mereka ada niat yang tersirat... dan aku cukup cam senyuman itu.. juga yang amat aku benci..

Satu lagi.. Mel.. I heard that you have all the Pathology MCQ Qs typed out for Mechanism of Disease.. (6 main topics all together-mind you!) Could you send the soft copy to this add? sambil mengunjukkan alamat emel dia. Itu adalah kali pertama dan terakhir aku dan dia bersua muka...

Sejak itu, aku cukup was-was dengan gelagat orang di sekelilingku. Mengapakah mereka terlalu baik terhadapku? Adakah mereka sememangnya dilahirkan penuh dengan sopan santun atau? dan lain-lain. Pengalaman banyak mengajarku untuk tidak mempercayai makhluk bernama manusia.. terlalu cepat..terutama sekali kaum Adam..

Tapi.. balik kepada soalanku yang pertama.. siapakah aku untuk mengadili mereka? Tetapi bilakah semua ini akan berakhir.. aku cukup rimas.. Hmmm... cuma Tuhan sahajalah yang tahu... dan aku redha..
 
posted by Mel at 12:44 AM, |

0 Comments: